Thursday 29 August 2013

Jamuan Hari Raya

MAKLUMAT TERKINI
Perhatian kepada semua penduduk Taman Pandan Damai 2,
Jamuan hari raya yang dijadualkan pada 1 September 2013 ditangguhkan. 
Tarikh baharu akan diberitahu setelah kata putus diperoleh.
Harap maklum.

SAGUHATI KECEMERLANGAN PENDIDIKAN BAGI TAHUN 2012

SAGUHATI KECEMERLANGAN PENDIDIKAN BAGI TAHUN 2012
Perhatian kepada ibu bapa dan penjaga yang mempunyai anak yang mendapat keputusan berikut agar dapat mengisi borang untuk mendapatkan saguhati kecemerlangan pendidikan yang akan diberikan pada hari Jamuan Hari raya nanti.
           UPSR : 5A                 ( RM50 )
           PMR   : 7A/8A           ( RM70 )
           SPM/SMA   : 7A/8A   ( RM100 )
           STPM/STAM  : 4P/5P ( RM100)
Sila dapatkan borang daripada Ustaz Abdullah (0199335120)

Jamuan Hari Raya


Wednesday 28 August 2013

Notis Mesyuarat KRT


Notis Mesyuarat

Jawatankuasa,
KRT Taman Pandan Damai 2
Surau Madinah

Tarikh    : 28 Ogos 2013 ( Rabu )
Tempat  : Dewan Makan Surau Madinah.
Masa     : 9.45  malam.
Agenda  : 1. Ucapan Pengerusi
                2. Ucapan Pegawai Perpaduan dan Integrasi Nasional
                3. Laporan Kewangan KRT
                4. Jamuan Hari Raya 2013
                5. Hal-hal lain

Kehadiran amat dialu-alukan.


Monday 19 August 2013

KISAH IKAN DAN AIR

             Suatu hari seorang ayah dan anaknya sedang duduk berbincang-bincang di tepi sungai. Sang Ayah berkata kepada anaknya, “Lihatlah anakku, air begitu penting dalam kehidupan ini, tanpa air kita semua akan mati.” Pada saat yang sama, seekor ikan kecil mendengar percakapan itu dari bawah permukaan air.Ikan kecil itu mendadak gelisah dan ingin tahu apakah air itu, yang katanya begitu penting dalam kehidupan ini. Ikan kecil itu berenang dari hulu sampai ke hilir sungai sambil bertanya kepada setiap ikan yang ditemuinya, “Hai tahukah kamu di mana tempat air berada? Aku telah mendengar percakapan manusia bahawa tanpa air kehidupan akan mati.”


             Ternyata semua ikan yang telah ditanya tidak mengetahui di mana air itu. Si ikan kecil itu semakin kebingungan lalu ikan itu  berenang menuju mata air untuk bertemu dengan ikan sesepuh yang sudah berpengalaman, kepada ikan sesepuh itu ikan kecil ini menanyakan hal yang sama, “Dimanakah air?” Ikan sesepuh itu menjawab dengan bijak, “Tak usah gelisah anakku, air itu telah mengelilingimu, sehingga kamu bahkan tidak menyadari kehadirannya. 
              Memang benar, tanpa air kita semua akan mati.” “Manusia kadang-kadang mengalami situasi yang sama seperti ikan kecil, mencari ke sana ke mari tentang kehidupan dan kebahagiaan, padahal ikan itu sedang menjalaninya, bahkan kebahagiaan sedang melingkupinya sehinggakan  tidak menyedarinya. ” Terkadang kita tidak sedar bahawa apa yang kita miliki saat ini sudah cukup membuat kita bahagia. Apa  yang kita cari dalam kehidupan ini? Hidup merupakan pilihan. Jangan hanya melihat seseorang itu kita sudah menyatakan bahawa orang lain lebih bahagia daripada kita.Apa yang kita lihat dari orang lain itu hanya luaran saja.. Dalamnya? Tidak ada yang tahu. Tapi kita seharusnya lebih tahu apa yang ada pada kita dan yang di sekitar kita.