Sudut Pelajar







v     Baginda berdoa dengan penuh khusyuk dan airmatanya sentiasa berlinangan.
v     Wajahnya sentiasa ceria yang menyejukkan mata memandangnya.
v     Sangat elok dan sempurna wajahnya.
v     Baginda memilik perasaan yang halus.
v     Beliau mengambil wudhu' sebelum tidur dan berzikir hingga lena.
v     Suka makan beramai ramai daripada berseorangan.
v     Bencikan kemegahan dan perhiasan yang cantik melambangkan kesombongan dan kemegahan.
v     Beliau makan setelah lapar dan berhenti sebelum kenyang.
v     Tidak pernah mengumpat.. mencerca atau menghina orang lain.
v     Baginda memelihara rambutnya dengan kemas.
v     Baginda memakai serban di atas kopiahnya.
v     Suka membalas hadiah.
v     Baginda mengucapkan salam kepada ahli rumah ketika hendak keluar atau masuk.
v     Baginda sangat berlemah lembut dengan isterinya dan ahli keluarganya.
v     Sentiasa memulakan salam kepada sesiapa yang ditemuinya.
v     Baginda bersalaman dengan sahabatnya dan memeluk mereka ketika berjumpa.
v     Ketika berjabat tangan ia tidak melepaskan tangannya sehinggalah orang dijabatnya itu melepaskan tangannya.
v     Apabila melepasi kumpulan kanak kanak.. baginda mengangkat tangannya tanda hormat kepada mereka.
v     Tidak menatap atau merenung wajah orang lain lama lama.
v     Sangat menghormati orang orang tua dan mengasihani orang orang muda dan kanak kanak.
v     Tidak bangun dari sesuatu majlis makan sehingga tetamu lain bangun.
v     Tidak pernah menjulurkan kakinya di depan para sahabat.
v     Baginda suka bercakap lambat lambat dan menyebut perkataan dengan jelas.
v     Sentiasa menumpukan perhatian kepada orang yang bercakap dengannya.
v     Tidak pernah ketawa terbahak-bahak tetapi hanya tersenyum lembut.
v     Sangat fasih dan manis dalam tutur bicara.
v     Tersangat sabar dan tabah bila menghadapi setiap cabaran dan kesusahan.
v     Amat kasih terhadap umatnya.
v     Tidak pernah mengambil rezeki kurnian Allah melebihi keperluan makan minumnya.
v     Rezeki yang melebihi keperluan akan ditaburkan untuk jihad Fisabilillah.
v     Sentiasa membantu orang lain walaupun ia sendiri dalam kesusahan.
v     Tidak pernah menghina orang miskin dan tidak rasa terhina bergaul dengan mereka.
v     Suka menziarahi orang sakit.
v     Amat pemurah hingga digambarkan seperti angin lalu pemurahnya.
v     Baginda tidak suka tidur di bilik gelap dan di bawah bumbung yang terbuka dan tidak beratap.
v     Tangannya tidak pernah menyentuh kulit wanita ajnabi.
v     Bersikap tegas ..pemaaf dan pengasih dalam perjuangan.

 Ingat lah cintailah Rasulullah saw kerana baginda sangat cinta pada kita.. yang tidak pernah berjumpa dengan baginda tetapi megamalkan sunnahnya...



No comments:

Post a Comment