MAKLUMAT TERKINI
Perhatian kepada semua penduduk Taman Pandan Damai 2,
Jamuan hari raya yang dijadualkan pada 1 September 2013 ditangguhkan.
Tarikh baharu akan diberitahu setelah kata putus diperoleh.
Harap maklum.
Thursday, 29 August 2013
SAGUHATI KECEMERLANGAN PENDIDIKAN BAGI TAHUN 2012
SAGUHATI KECEMERLANGAN PENDIDIKAN BAGI TAHUN 2012
Perhatian kepada ibu bapa dan penjaga yang mempunyai anak yang mendapat keputusan berikut agar dapat mengisi borang untuk mendapatkan saguhati kecemerlangan pendidikan yang akan diberikan pada hari Jamuan Hari raya nanti.
UPSR : 5A ( RM50 )
PMR : 7A/8A ( RM70 )
SPM/SMA : 7A/8A ( RM100 )
STPM/STAM : 4P/5P ( RM100)
Sila dapatkan borang daripada Ustaz Abdullah (0199335120)

Wednesday, 28 August 2013
Notis Mesyuarat KRT
Notis
Mesyuarat
Jawatankuasa,
KRT Taman Pandan Damai 2
Surau Madinah
Tarikh : 28
Ogos 2013 ( Rabu )
Tempat : Dewan
Makan Surau Madinah.
Masa : 9.45
malam.
Agenda : 1.
Ucapan Pengerusi
2. Ucapan Pegawai Perpaduan dan Integrasi Nasional
3. Laporan Kewangan KRT
4. Jamuan Hari Raya 2013
5. Hal-hal lain
Kehadiran amat dialu-alukan.
Monday, 19 August 2013
KISAH IKAN DAN AIR
Suatu hari seorang ayah dan anaknya sedang duduk berbincang-bincang di tepi sungai. Sang Ayah berkata kepada anaknya, “Lihatlah anakku, air begitu penting dalam kehidupan ini, tanpa air kita semua akan mati.” Pada saat yang sama, seekor ikan kecil mendengar percakapan itu dari bawah permukaan air.Ikan kecil itu mendadak gelisah dan ingin tahu apakah air itu, yang katanya begitu penting dalam kehidupan ini. Ikan kecil itu berenang dari hulu sampai ke hilir sungai sambil bertanya kepada setiap ikan yang ditemuinya, “Hai tahukah kamu di mana tempat air berada? Aku telah mendengar percakapan manusia bahawa tanpa air kehidupan akan mati.”
Ternyata semua ikan yang telah ditanya tidak mengetahui di mana air itu. Si ikan kecil itu semakin kebingungan lalu ikan itu berenang menuju mata air untuk bertemu dengan ikan sesepuh yang sudah berpengalaman, kepada ikan sesepuh itu ikan kecil ini menanyakan hal yang sama, “Dimanakah air?” Ikan sesepuh itu menjawab dengan bijak, “Tak usah gelisah anakku, air itu telah mengelilingimu, sehingga kamu bahkan tidak menyadari kehadirannya.
Memang benar, tanpa air kita semua akan mati.” “Manusia kadang-kadang mengalami situasi yang sama seperti ikan kecil, mencari ke sana ke mari tentang kehidupan dan kebahagiaan, padahal ikan itu sedang menjalaninya, bahkan kebahagiaan sedang melingkupinya sehinggakan tidak menyedarinya. ” Terkadang kita tidak sedar bahawa apa yang kita miliki saat ini sudah cukup membuat kita bahagia. Apa yang kita cari dalam kehidupan ini? Hidup merupakan pilihan. Jangan hanya melihat seseorang itu kita sudah menyatakan bahawa orang lain lebih bahagia daripada kita.Apa yang kita lihat dari orang lain itu hanya luaran saja.. Dalamnya? Tidak ada yang tahu. Tapi kita seharusnya lebih tahu apa yang ada pada kita dan yang di sekitar kita.
Friday, 16 August 2013
Rehat MInda jap......
Citer 1
Suami : Kenapa Sayang menangis?
Isteri : Saya telah baca sebuah buku. Sad endinglah bang..
Suami : Buku apa?
Isteri : Buku bank abanglah..
Isteri : Saya telah baca sebuah buku. Sad endinglah bang..
Suami : Buku apa?
Isteri : Buku bank abanglah..
Citer 2
Aderla sorang lelaki datang ke sebuah rumah untuk meminta
derma. Derma untuk rumah orang-orang tua. seorang budak pun membuka pintu.
budak : derma ape bang?
lelaki : derma untuk rumah orang-orang tua. adik ada apa-apa untuk
didermakan?
budak : nanti jap.saya ambilkan atuk saya.
lelaki : ?????

Citer 3
Tunang Farid, Siti, menelefonnya untuk memutuskan pertunangan mereka.
Farid : Mengapa?
Siti : Saya dah bosan ngan awak. saya dah ada teman baru. Sebelum tu
awak mesti kembalikan semua gambar saya.
Farid : Ok. Tapi saya tak ingatlah yang mana satu gambar awak, Nanti awak
pilihlah sendiri. Yang selebihnya kembalikan kepada saya.
Siti : Erkkkkkk…….. Benci ………

Citer 4
3 org menaiki motor dan ditahan polis trafik. Namun pemandu motor
tersebut tidak berhenti. Katanya, ‘Tak Muat Dah Tok, Kami dah bertiga!!!
tersebut tidak berhenti. Katanya, ‘Tak Muat Dah Tok, Kami dah bertiga!!!
Citer 5
Seorang Tok Batin baru membeli motorsikal Honda dan kebetulan pada
jalan pulang terserempak dengan kawanya yang ingin menumpang, lalu
ditumpangkan kawanya itu. Dalam perjalanan kawannya merasakan Tok Batin
hanya mengunakan gear 1 sahaja lalu bertanyalah kawanya itu,
Kawan Tok Batin : Kenapak kamu hanya pakai gear 1 sahaja.
Tok Batin : Kalau rosak 1 gear ada 2 lagi gear.
Kawan Tok Batin : ????????

Citer 6
Seorang posmen yang datang menghantar surat .
” Assalamualaikum ”
” Walaikumsalam ”
” Ni rumah encik Sameon ye?
” Ya saya”
” Poning kepala saya mencari alamat rumah encik ni ”
” Buat susah aje encik nie! Apsal tak pos aje?”
” Assalamualaikum ”
” Walaikumsalam ”
” Ni rumah encik Sameon ye?
” Ya saya”
” Poning kepala saya mencari alamat rumah encik ni ”
” Buat susah aje encik nie! Apsal tak pos aje?”
Thursday, 15 August 2013
Wednesday, 14 August 2013
Lebih 6,000 KRT di seluruh negara akan diaktifkan
KUALA LUMPUR: Lebih 6,000 Kawasan Rukun Tetangga (KRT) di seluruh negara akan diaktifkan menerusi peruntukan RM50 juta yang disediakan oleh kerajaan, kata Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN), Datuk Azman Amin Hassan.
Beliau berkata, selain KRT terdapat juga 3,000 Skim Rondaan Sukarela (SRS) dengan lebih 160,000 sukarelawan berdaftar di seluruh Malaysia.
"Peruntukan ini untuk membeli kelengkapan rondaan serta perbelanjaan lain bagi menghargai mereka yang terbabit dalam aktiviti sukarela itu " katanya kepada pemberita selepas melancarkan Kempen Pemantauan dan Pencegahan Jenayah Sempena Cuti Perayaan di sini hari ini. - BERNAMA
Beliau berkata, selain KRT terdapat juga 3,000 Skim Rondaan Sukarela (SRS) dengan lebih 160,000 sukarelawan berdaftar di seluruh Malaysia.
PASUKAN TADARUS JIRAN MUDA
PASUKAN TADARUS JIRAN MUDA KRT TAMAN PANDAN DAMAI 2
yang dipimpin oleh Ustaz Shamsul dan Cikgu Hamidon.
UCAPAN HARI RAYA AIDILFITRI
Pertamanya minta maaf berbanyak-banyak kerana lewat untuk mengucapkan selamat hari raya kepada semua penghuni taman ini.Setelah sebulan berpuasa maka bergembiralah kepada yang betul-betul menunaikan ibadah puasa.Semua hari raya yang disambut menyebabkan kita bertambah keimanan dan ketakwaan kepada Allah.
Andai jemari tak sempat berjabat,
andai raga tak dapat bertatap,seiring beduk yang menggema,
seruan takbir yang berkumandang,
ku aturkan salam menyambut
hari raya idul fitri,
jika ada kata serta khilafku membekas lara,
mohon maaf lahir dan batin.
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN
Subscribe to:
Comments (Atom)