Friday, 31 May 2013
Hadis Nabi
Sama-sama kita nilaikan ....inilah fenomena yang berlaku kepada sesetengah anak muda kita pada masa kini. Bagaimanakah cara untuk kita mendekatkan mereka dengan Allah.Adakah dengan marah dalam hati sahaja atau pun sekadar cakap-cakap kedai kopi je...sama-sama kita fikirkan.
Wednesday, 29 May 2013
oooo lupa nak beritahu kat sini...Pengerusi KRT Taman Pandan Damai 2..iaitu En.Kamarul Arifin dan isteri sekarang ini berada di Mekah (mengerjakan Umrah).Semoga semuanya dapat dilalui dengan baik dan selamat. Kami mendoakan semoga En.Kamarul selamat pergi dan selamat kembali ke tanah air dengan selamat.
Apa citer ..nie
Dalam kecoh2 kat stadium malam tadi....ini pulak yang terjadi...siap berak lagi kat padang bola tu...Apa nak jadi.Kucing ni ada tiket ke..dapat masuk stadium tu..
Macam-macam hal
Walaupun guna bahasa kampung....yang berkenaan perlu ambil perhatian juga.Maklumlah sekolah tak tinggi so gunalah bahasa yang mereka selalu guna.Motifnya satu iaitu minta tiang gol untuk kemudahan semua penduduk main bola...
Tuesday, 28 May 2013
Arah Kiblat
Assalamualaikum shbt2 tersayang, jgn lupa tunggu tarikh 28hb Mei tepat jam 5:16 ptg (set jam dgn astro atau radio tepat2)...pacakkan kayu sepnjg lbh kurang 1 hasta atau lebih di tempat lapang yg tdk terhalang chy matahari oleh bangunan, pokok dll...bla tepat jam 5:16 ptg tgk bayang pd tiang itu arah ke matahari...itulah ARAH QIBLAT...jgn leka tau..hanya ada dua hari dlm setahun.
Saturday, 25 May 2013
8 janji Allah
Paparan kali ini diharapkan dapat memberikan motivasi kepada kita untuk meningkatkan keimanan.Apa yang dijanjikan oleh Allah adalah pasti dan sama2 lah kita usahakan untuk mencapainya.
Friday, 24 May 2013
Mesyuarat Agung Surau Madinah..
Pada hari ini berlangsung Mesyuarat Agung Surau Madinah.Hasil daripada mesyuarat tersebut maka paparan di bawah barisan JK yang telah dipilih untuk menerajui kepimpinan Surau Madinah.Kami para penduduk Taman Pandan Damai 2 mengharapkan kepimpinan baharu ini dapat mengimarakkan lagi program2 keagamaan di Surau Madinah.Tahniah diucapkan.
Lawatan Kebajikan ke HTAA
Hari ini tepat jam 3.00 petang,AJK dan Ahli KRT Taman Pandan Damai memulakan perjalanan ke HTAA untuk menziarahi seorang ahli KRT taman ini yang terlantar di hospital.Lawatan Kebajikan ini adalah untuk meninjau keadaan pesakit yang sudah terlantar sakit lebih daripada 2 minggu.Jumlah ahli rombongan ialah seramai 6 orang.Dalam lawatan ini pihak KRT menghulurkan hamper dan sedikit bantuan kewangan untuk meringankan beban yang ditanggung oleh keluarga pesakit.Lawatan Kebajikan ini sedikit sebanyak dapat mengeratkan hubungan antara kejiranan di taman ini.Keluarga pesakit juga terharu apabila kami ke sana dan menghulurkan sedikit sumbangan.Semoga En.Mohamad Ghazali cepat sembuh dan dapat menjalani kehidupan seperti orang lain.Barulah saya dan rakan-rakan mengerti mengapa kita perlu menziarahi orang yang sakit.Kedatangan sahabat dan kenalan akan menggembira hati keluarga pesakit dan mereka merasai bahawa mereka tidak keseorangan menanggung penderitaan.
Paparan yang tertera di bawah adalah maklumat pesakit yang kami kunjungi.
Paparan yang tertera di bawah adalah maklumat pesakit yang kami kunjungi.
Maklumat pesakit
Bersalam dengan pesakit..walaupun banyak wayar yang ada di badan
namun kedatangan kami menceriakan pesakit.
Berbual dengan isteri En.Mohamad Ghazali.
Monday, 6 May 2013
Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara
Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :
* Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).
* Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.
#wahai rakan rakan ku yg dikasihi sekalian, sebarlah ilmu ini, agar semua kwn kwn kita diluar sana kembali ke pangkal jalan, ikut islam sebenar benarnya, sesiapa yang mengajak kebaikkan, pahala seseorang yang diajak kebaikkan itu dapat padanya tanpa dikurangkan sedikitpun. inshaAllah... Allah always with us.
Subscribe to:
Comments (Atom)








