Friday, 24 May 2013

Lawatan Kebajikan ke HTAA

      Hari ini tepat jam 3.00 petang,AJK dan Ahli KRT Taman Pandan Damai memulakan perjalanan ke HTAA untuk menziarahi seorang ahli KRT taman ini yang terlantar di hospital.Lawatan Kebajikan ini adalah untuk meninjau keadaan pesakit yang sudah terlantar sakit lebih daripada 2 minggu.Jumlah ahli rombongan ialah seramai 6 orang.Dalam lawatan ini pihak KRT menghulurkan hamper dan sedikit bantuan kewangan untuk meringankan beban yang ditanggung oleh keluarga pesakit.Lawatan Kebajikan ini sedikit sebanyak dapat mengeratkan hubungan antara kejiranan di taman ini.Keluarga pesakit juga terharu apabila kami ke sana dan menghulurkan sedikit sumbangan.Semoga En.Mohamad Ghazali cepat sembuh dan dapat menjalani kehidupan seperti orang lain.Barulah saya dan rakan-rakan mengerti mengapa kita perlu menziarahi orang yang sakit.Kedatangan sahabat dan kenalan akan menggembira hati keluarga pesakit dan mereka merasai bahawa mereka tidak keseorangan menanggung penderitaan.
Paparan yang tertera di bawah adalah maklumat pesakit yang kami kunjungi.

          Maklumat pesakit
Bersalam dengan pesakit..walaupun banyak wayar yang ada di badan 
namun kedatangan kami menceriakan pesakit.
Berbual dengan isteri En.Mohamad Ghazali.

No comments:

Post a Comment