Monday, 1 July 2013
Malam Ramah Mesra SRS dan KRT
Pada 29 Jun 2013, KRT dan SRS Taman Pandan Damai 2 telah mengadakan aktiviti malam Ramah Mesra SRS dan KRT.Pada malam tersebut pihak SRS telah mengedarkan borang kemas kini ahli SRS. Juga disediakan skrin besar untuk saksikan siaran langsung perlawanan bola sepak Akhir piala FA 2013 antara Kelantan dan Johor DT. Lebih kurang 60 orang yang hadir.Tidak ketinggalan ,kanak-kanak dan jiran muda turut hadir untuk sama2 menonton soaran langsung tersebut.Pihak KRT dan SRS juga menyediakan ayam bakar dan daging bakar kepada yang hadir.Antara lain tujuan diadakan malam Ramah Mesra tersebut ialah untuk merapatkan hubungan antara ahli KRT dan SRS taman ini.Di bawah ini dilampirkan gambar-gambar yang diambil pada malam tersebut.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment